" Art is Form & Content "

Friday, June 1, 2012

TEMBIKAR

Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.

PROSES MENYEDIAKAN TANAH LIAT :
1.Tanah liat dijemur untuk dikeringkan. Asingkan tanah liat dengan bahan-bahan asing seperti sampah, batu , serpihan akar kayu supaya tembikar tidak pecah apabila dibakar
2.Kemudian ditumbuk menjadi tepung dengan menggunakan lesung kaki lalu diayak
3.Tepung tanah liat itu diperam dalam pasu berair selama 3 hari sehingga tanah mendap ke dasar pasu
4.Air dibuang dan mendapan tanah liat yang liut dan lembut dibiarkan pada permukaan keping plaster paris selama beberapa hari
5.Tanah liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat
6.Tanah liat yang telah diproses disimpan dalam tempayan bertutup atau beg plastik untuk kegunaan kelak
7.Sebelum membentuk tembikar, tanah liat hendaklah diuli beberapa kali supaya tiada gelembung udara dan batu kecil yang akan meretakkan tembikar ketika dibakar / pecah.

·         Teknik-teknik membentuk tembikar
(a)    Teknik picit
(b)   Teknik lingkaran
(c)    Teknik kepingan
(d)   Teknik acuan
(e)    Teknik putaran
Teknik picit                              
Teknik lingkaran
    


\

Teknik putaran
Teknik acuan
Ketulan tanah liat dimasukkan ke dalam acuan kayu atau logam dan ditekan.Cara ini seperti cara membuat kuih cara acuan.
Teknik kepingan
-Tembikar yang telah dibentuk akan dibakar supaya menjadi keras , pejal , dan tidak diresapi air.Terdapat dua jenis pembakaran iaitu:-
(a)    Pembakaran biskut – supaya tembikar menjadi keras dan pejal
(b)   Pembakaran sepuh – supaya permukaan tembikar disalut dengan lapisan sepuh atau kaca                          yang licin , lut sinar , dan tidak diresapi air.Sepuh ialah sejenis cecair kaca yang disapu ke atas permukaan tembikar.Suhu yang diperlukan untuk pembakaran sepuh adalah lebih tinggi daripada pembakaran biskut.
Kaedah-kaedah membakar tembikar adalah melalui dua kaedah:-
(a)Kaedah pembakaran tradisional
-Tanur dedah sayong
-Tanur dedah pulau tiga
(b)Kaedah pembakaran moden
-Tanur gas
-Tanur elektrik

TEKNIK PEMBAKAR CARA TRADISIONAL
Pembakaran dedah
i. Pembakaran cara Sayong – tembikar diletakkan di atas para selama 6 jam dan dimasukka ke dalam api selama 6 – 8 jam dan dimasukkan ke dalam sekam padi 5 – 10 minit untuk menghitamkannya.
TEKNIK PEMBAKAR SECARA MODEN
i. Tanur kayu
ii. Tanur gas
iii. Tanur elektrik
iv. Tanur raku




Final project.....pottery...