" Art is Form & Content "

Saturday, October 29, 2011

teknik-teknik dalam catan...

CAT AIR




Cat air atau aquarel adalah medium lukisan yang menggunakan pigmen dengan pelarut air dengan sifat transparan atau tidak legap. Meskipun medium permukaannya mempunyai variasi dan kepelbagaian ia selalunya akan digunakan dengan mewarna di atas kertas. Selain itu,warna air ini boleh juga diaplkasikan di atas papyrus, plastik, kulit, kain, kayu, atau kanvas.Secara umum, cat air digunakan kerana sifat tidak legapnya. Contonnya,Gouache adalah medium sejenis yang tidak transparan.Hasil karya lukisan cat air biasanya bersifat sangat ekspresif atau sebaliknya menjadi sangat impresif dan ia tergantung kepada teknik yang digunakan.

BAHAN UTAMA
Cat air dibuat daripada pigmen atau bahan yang halus atau serbuk warna(dye) yang dicampurkan dengan gam arab sebagai bahan baku, serta gliserin atau madu untuk menambah kekentalan dan merekatkan warna ke permukaan.
TEKNIK PENGGUNAAN
Cat air digunakan dengan mencampurkan cat air bersama air untuk melarutkan warna agar tidak terlalu pekat tetapi cat air ini juga boleh juga dicampurkan dengan material atau bahan yang lain. Biasanya,cat air ini boleh dicampurkan dengan akrilik atau collage.Cat air dengan campuran air berlebih akan menghasilkan warna yang terang dan segar. Warna ini dihasilkan oleh cahaya yang mampu menembus lapisan cat yang bersifat tidak legap.Warna putih biasanya dihasilkan daripada bahagian-bahagian yang tidak diberi lapisan cat. Penggunaan cat air putih secara sengaja sangat jarang digunakan pada lukisan.
Cat warna air terkenal kerana sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Teknik yang umum digunakan biasanya dihasilkan daripada lapisan-lapisan yang saling ditimpakan setelah lapisan sebelumnya telah kering sehingga menghasilkan variasi warna. Namun teknik lain wet-on-wet yang menimpakan warna di atas lapisan yang masih basah juga membutuhkan ketelitian tinggi untuk mendapatkan hasil maksima.Risiko yang  lain adalah kertas menjadi melengkung atau robek jika terlalu banyak air digunakan semasa penghasilan karya dilakukan.
KELEBIHAN
Cat air memiliki kelebihan kerana tidak berbau, mudah dibersihkan dan cepat kering.

TEKNIK-TEKNIK CAT AIR
BASAH ATAS BASAH
                   Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah. Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan. Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda.
BASAH ATAS KERING
Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan. Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada
KERING ATAS KERING
 Warna yang melekat pada berus tidak banyak tetapi jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.

CAT AKRILIK




Cat akrilik ialah sejenis cat yang cepat mengering dan cat akrilik ini mengandungi pigmen pengantungan dalam polimer emulsi akrilik.Cat akrilik boleh dicairkan dengan air, tetapi menjadi kalis air apabila mengering.Bergantung kepada berapa banyak cat dicairkan (dengan air) atau diubah suai dengan gel media, akrilik, atau pes dan lukisan akrilik siap boleh menyerupai cat air atau lukisan minyak dan mempunyai ciri-ciri unik berbanding dengan media lain.

TEKNIK PENGGUNAAN
            Cat akrilik boleh dicampurkan dengan air tetapi pembersihan tidak-hydratable semula setelah sapuan cat akrilik ini kering.Media cat akrilik akan dicampur menggunakan topcoats atau varnis untuk mengilatkan bahagian sapuan warna supaya ia kelihatan hidup.Apabila mengering, cat akrilik tidak akan tertanggal daripada canvas walaupun pelarut media ini adalah air.Walau bagaimanapun,alkohol isopropyl boleh menanggalkan sapuan warna akrilik ini.
KELEBIHAN
Cat akrilik adalah cat yang cepat mengering ketika mencampur warna haruslah dilakukan dengan cepat. Kelebihan cat akrilik adalah dapat digunakan di pelbagai  media lukis, baik kertas dan kanvas.Cat akrilik juga sangat baik untuk memberi kesan  timbul atau relief pada lukisan, caranya adalah melukis lapisan dasar berulang kali. Setelah kering tambahkan lapisan berikutnya.Warna yang dihasilkan oleh cat akrilik cenderung memberikan ketajaman. Untuk membuat warna agar tampak lebih soft  atau lembut tambahkan air dan campurkan dengan cat warna putih.

CAT MINYAK




Cat minyak merupakan sejenis pewarna yang lambat kering yang mengandungi sejumlah kecil partikel pigment terapung dalam pelarut ringan selain daripada air. Cat minyak telah digunakan di England seawal abad ke 13 bagi hiasan mudah, tetapi tidak digunakan secara meluas bagi tujuan artistik sehingga abad ke 15. Kegunaan moden paling meluas bagi cat minyak di mana ciri-ciri tahan lasak dan warna terang menjadikannya digemari bagi kegunaan dalaman dan luaran.
Cat minyak ialah sejenis warna atau pigmen yang datang daripada bentuk tiub.Bahan pengilat untuk cat ini ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat dan bahantara yang digunakan ialah turpentine. Ciri-ciri bersifat legap, licin, dan berkilat, kasar berjalinan, terpulang kepada teknik mencatan.Dalam penggunaan cat minyak ia boleh dui buat pelbagai kesan dan juga teknik.
ALATAN MENGUNAKAN CAT MINYAK
BERUS
Berus cat minyak mempunyai pemegang yang tirus atau runcing yang panjang yang membolehkan para pelukis melukis secara adanya jarak daripada kanvas. Berus cat minyak biasanya menggunakan bahan fiber semulajadi yang lembut, seperti bajer dan sable dan sintetik fiber yang lembut. Pewarna berus yang sintetik, kerap kali terdiri daripada warna emas yang kemerah-merahan atau kesannya tersorok.
Terdapat beberapa jenis berus yang sesuai digunakan iaitu Georgian Oil Brushes Fan kerana mempunyai panca berjanggut, yang mana membolehkan pengawalan goresan yang lebih baik. Saduran – nikel yang panjang teratur menunjukkan bahawa keunikan pemegang pelbagai warnanya sesuai untuk kerja-kerja seni.Tiada dua pemegang sekaligus, tapi setiap berus mempunyai jaminan. Baik golongan professional, pelajar, dan juga golongan yang baru belajar, selesa menggunakan berus ‘Georgian’ ini yang sememangnya menawarkan kualiti yang baik dan nilai yang luar biasa.Lain-lain berus ialah fan.filbert,bright,flat dan round.
 LINSEED OILS
Terdapat pelbagai jenis minyak linsin ytang membantu mencairkan cat minyak iaitu Bleached Linseed Oil untuk meningkatkan pengaliran warna dan pengeringan yang lebih pantas berbanding ‘refined linseed oil’. Sebotol mengandungi 75ml dan lain-lainnya ialah Cold – Pressed Linseed Oil, Refined Linseed Oil,Stand linseed oil,thickened linseed oil.
TURPENTINE
‘Turpentine English’ yang bertapis merupakan pilihan tradisi bagi mencairkan warna dan membersihkan berus, dengan kandungan kelembapan yang baik berbanding bahan mineral. Turpentine yang tinggi golakannya dan mudah terbakar dan ia sepatutnya digunakan secara lebih berhati-hati.
STELL PAINTING KNIVES
Menyaksikan keunikan pisau lukis yang diperbuat daripada keluli yang tahan karat iaitu ‘stell knives’. Mata pisaunya adalah fleksibel, kilatannya tinggi dan cantik, dan ianya benar-benar tidak akan berkarat. Setiap mata yang pejal dalam satu kilatan yang mengakhiri pemegang kayu. Ia merupakan buatan Jepun.
PALETTE
‘Amaco Paragona Glass Artist Palette’ ini dikhaskan untuk diletakkan pada permukaan meja, bukannya menjadi sesuatu yang ketinggalan. Ianya sesuai bagi campuran warna yang memerlukan kawasan yang luas.‘Paragona Palette’ ini baik kilatannya, sesuai pada berus dan tidak poros. Ianya dibersihkan dengan usaha yang sangat kecil.Paragona yang dibuat adalah kuat, 100% bahan kacanya terkawal keseluruhannya dengan kilauan yang elok, kelebihan yang selesa. Ia mempunyai satu penyokong vinil yang berwarna putih.

KELEBIHAN

Campuran minyak membuat cat jenis ini memberi kesan kecerahan dan akan mendapat kesan warna yang amat cantik.Selain itu cat membentuk pasta liat sehingga memberikan kesan tekstur yang berkesan bila diolah dengan baik.
Cat minyak ini memerlukan waktu beberapa hari untuk mengeringkan cat ini kering dan untuk cat ini mengering dengan sempurna ialah apabila cat ini di cat nipis ia akan mengambil masa beberapa minggu dan jika keadaan cat yang di cat tebal ia akan mengambil masa beberapa bulan bahkan ada lukisan yang mengambil beberapa tahun kemudian.
Dalam masa beberapa tahun yang di ambil untuk mengeringkan cat minyak ini jika warna yang dihasilkan akan menjadi kekuningan jika terkena udara lembab pada lukisan warna putih. Untuk warna lain tidak mengalami perubahan warna kekuningan.Ia hanya akan berlaku pada warna putih sahaja.Kelebihan cat minyak ini ialah mempunyai daya tahan terhadap waktu paling awet.

TEKNIK-TEKNIK CAT MINYAK
TEKNIK IMPASTO

Impasto adalah teknik lukisan iaitu cat minyak tersebut akan dilapiskan dengan sangat tebal di atas kanvas sehingga arah sapuan cat minyak sangat mudah dilihat.Apabila kering, teknik impasto akan menghasilkan tekstur yang jelas sehingga kesan apabila disentuh dapat lukisan objek itu akan lebih terasa.
Impasto akan memberikan dua kesan iaitu yang pertama akan memberikan kesan pantulan cahaya yang berbeza berbanding dengan sapuan cat minyak yang biasa.Seterusnya yang kedua akan memberikan kesan ekspresi yang lebih kuat.Tujuan teknik impasto ini sering dipakai oleh pelukis klasik seperti Rembrandt, seperti untuk memperlihatkan lipatan kain atau pantulan cahaya dari perhiasan. Sementara tujuan kedua sering digunakan oleh pelukis pada era modern seperti Vincent van Gogh. Frank Auerbach menggunakan teknik impasto secara berlebihan untuk menampilkan kesan trimatra yang benar-benar kuat.

TEKNIK KILATAN(GLAZING)

Teknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan yang berkaca kerana lut sinar.Teknik ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih lapisan nipis warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah.

TEKNIK TITIK(POINTILISME)

Teknik ialah dengan cara menitikkan warna yang dikenakan pada permukaan untuk membentuk tindanan titik-titik warna.Jika dilihat dari jarak yang jauh,titik warna akan bergabung dan menghasilkan warna yang baru.Kesan ini terhasil daripada campuran warna secara optikal.

TEKNIK SAPUAN TEPAT(HARD EDGE)

Ia merupakan teknik yang menggunakan masking tape untuk memisahkan warna yang dimana hasilnya menampakkan catan seperti dipotong-potong.Ia mempunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat.

TEKNIK MELEMBUT(SCUMBLING)

Dalam teknik ini,warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang sebalumnya yang mana boleh disapu secara rata,lut sinar atau impasto.Ciri penting dalam teknik ini ialah bahagian yang tidak dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza.Teknik scrumbling ini boleh diperoleh dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas permukaan gelap.Ia boleh diaplikasikan dengan menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari.

TEKNIK ‘ALLA PRIMA

Teknik ini merujuk kepada cara dimana artis mewarna secara cepat dan spontan dengan sapuan warna terus dari tiub.Teknik ini sesuai untuk artis yang menghasilkan catan di luar bangunan kerana tekniknya yang terus dan spontan.Setiap palitan warna perlu tepat kerana dalam teknik ini tiada lapisan kedua.





1 comment: