Saturday, November 26, 2011

KREATIVITI DALAM SENI VISUAL

DEFINISI KREATIVITI:
Menurut kamus dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai kebolehan mencipta dan mengembangkan idea yang baru dan asli tanpa peniruan dalam mana-mana aspek.


CIRI-CIRI:

1. Fleksibel
2. sensitif
3. peka
4. asli dan tulen tanpa peniruan
5. bersifat luas
6. logik dan efisien
7. bebas berfikir kreatif


TOKOH-TOKOH:

1. Ellis Paul Torrance
2. Victor Lowenfeld
3. Fisher (1943)
4. Laura H. Chapman
5.June King MeFee
6.Calvin W.Taylor
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI
  • Perkembangan Kreativiti Fisher (1943)

    5 Tahap dalam Pemikiran Kreatif;

    Peringkat Rangsangan – beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu
    Peringkat Penerokaan – pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik.
    Peringkat Perancangan – melalui perancangan secara verbal & visual
    Peringkat aktiviti – lakukan tindakan berdasarkan persoalan ‘ bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut
    Kajian Semula – membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah dijalankan - untuk tujuan penambahbaikan
Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti). Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.

2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika. Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.
3. Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Di dalam teorinya “Multiple Creative Talent”, beliau menjelaskan bahawa pembentukkan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.
4.Ellis Paul Torrance juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah ‘Torrence Test of Creative Thinking’ (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu.

Tujuh perkara tersebut adalah:

(a) Penyoalan
Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.

(b) Penemuan
Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual.

(c) Pemerhatian
Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.

(e) Percubaan
Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.

(f) Penerokaan
Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

(g) Memanipulasi
Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya.

(h) Aktiviti / Bermain

Aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.

PROSES KREATIVITI

v  ILMU PENGETAHUAN
Mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkenaan tugasan atau masalah
Jenis-jenis maklumat:
1.Maklukmat bercetak
2.Maklumat lisan.
3.Maklumat elektronik
v  PENYELIDIKAN
Mengenalpasti percubaan yang lalu dan membuat pendirian di mana tupuan hendak diberi.
v  MENDIFINISIKAN MATLAMAT
Mentakrifkan dengan jelas masalah yang hendak diselesaikan atau hasil yang dikehendaki dan mengenalpasti arah tuju penyelesaian masalah.
v  PENGERAMAN/INCUBATION
1.Tiada apa yang dilakukan pada langkah ini
2.Menghasilkan buah fikiran atau idea yang memerlukan masa.
3.Idea mungkin terbit pada keadaan yang tidak disangka.
4.Terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kebuntuan.
v  MEMBINA KEYAKINAN
Adalah lebih baik mencuba pendekatan yang berbeza dari menumpukan pada satu idea.Idea adalah seperti batu loncatan yang berkembang dari satu idea ke idea yang lain dan idea baru sering kali adalah gabungan berbagai idea yang ada.
v  PENAPISAN
Idea-idea perlu ditapis untuk mendapatkan cara penyelesaian yang terbaik.Idea yang baik akan digabungkan untuk mengahasilkan satu penyelesaian yang kreatif.
v  MENYATAKAN DENGAN JELAS
Mencari jalan menyampaikan idea dengan pihak lain dan menggalakkan mereka untuk memajukan idea tersebut.

 
 

1 comment:

  1. Titanium Easy Reset - The best guide to the use of a flexible, easy flux capacitor
    diodes will titanium white not allow replacement. titanium tube snow peak titanium flask diodes will not titanium hair clipper allow replacement. ti89 titanium calculator diodes will not allow replacement.

    ReplyDelete