" Art is Form & Content "

Saturday, December 3, 2011

Kreatifkan????

Teruja sangat-sangat tengok hasil kreatif ni...membuatkan aku merenung sampai nak masuk dalam skrin laptop...hehheheh...terfikir aku....macam ner la diorang buat ni....memang respect la!toing....toing...tabik spring der....:-)

Hasil kreatif ini di hasilkan oleh seorang artist dari Moscow iaitu Yulia Brodskaya yang menghasilkan ilustrasi yang sangat kreatif .....hanya mengunakan kertas dan teknik-teknik menggulung dan melipat kertas dengan pelbagai bentuk...sempoikan????????...


Lukisan 3D...memang realkan???Bagi pengamatan aku...cara nak shading tu sangat penting untuk menampakkan kesan 3D...nice sangat...:-)

Yang ni pulak lukisan 4D...memang mengagumkam...painting yang dibuat sengaja dikeluarkan dari bingkai...fuhhhh....memang menjadi..kreatif...

Ok...jangan tertipu k...ni lukisan dinding semata-mata..mural..memang realkan?silap hari bulan ada je orang terlanggar...ruang,perspektif,bayang...bentuk yang dihasilkan nampak sangat real...luv it!

Sand Sculptures....memang manarik....cer korang tenung sand sculpture ni...ukiran dan bentuk dibuat dengan sangat berhati-hati dan teliti...

Pencil sculptures...memang dasyat....pensel dipotong-potong kemudian di tajamkan...nampak sangat ganas tapi cute:-P

Saturday, November 26, 2011

KREATIVITI DALAM SENI VISUAL

DEFINISI KREATIVITI:
Menurut kamus dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai kebolehan mencipta dan mengembangkan idea yang baru dan asli tanpa peniruan dalam mana-mana aspek.


CIRI-CIRI:

1. Fleksibel
2. sensitif
3. peka
4. asli dan tulen tanpa peniruan
5. bersifat luas
6. logik dan efisien
7. bebas berfikir kreatif


TOKOH-TOKOH:

1. Ellis Paul Torrance
2. Victor Lowenfeld
3. Fisher (1943)
4. Laura H. Chapman
5.June King MeFee
6.Calvin W.Taylor
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI
  • Perkembangan Kreativiti Fisher (1943)

    5 Tahap dalam Pemikiran Kreatif;

    Peringkat Rangsangan – beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu
    Peringkat Penerokaan – pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik.
    Peringkat Perancangan – melalui perancangan secara verbal & visual
    Peringkat aktiviti – lakukan tindakan berdasarkan persoalan ‘ bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut
    Kajian Semula – membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah dijalankan - untuk tujuan penambahbaikan
Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti). Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.

2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika. Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.
3. Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Di dalam teorinya “Multiple Creative Talent”, beliau menjelaskan bahawa pembentukkan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.
4.Ellis Paul Torrance juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah ‘Torrence Test of Creative Thinking’ (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu.

Tujuh perkara tersebut adalah:

(a) Penyoalan
Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.

(b) Penemuan
Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual.

(c) Pemerhatian
Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.

(e) Percubaan
Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.

(f) Penerokaan
Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

(g) Memanipulasi
Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya.

(h) Aktiviti / Bermain

Aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.

PROSES KREATIVITI

v  ILMU PENGETAHUAN
Mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkenaan tugasan atau masalah
Jenis-jenis maklumat:
1.Maklukmat bercetak
2.Maklumat lisan.
3.Maklumat elektronik
v  PENYELIDIKAN
Mengenalpasti percubaan yang lalu dan membuat pendirian di mana tupuan hendak diberi.
v  MENDIFINISIKAN MATLAMAT
Mentakrifkan dengan jelas masalah yang hendak diselesaikan atau hasil yang dikehendaki dan mengenalpasti arah tuju penyelesaian masalah.
v  PENGERAMAN/INCUBATION
1.Tiada apa yang dilakukan pada langkah ini
2.Menghasilkan buah fikiran atau idea yang memerlukan masa.
3.Idea mungkin terbit pada keadaan yang tidak disangka.
4.Terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kebuntuan.
v  MEMBINA KEYAKINAN
Adalah lebih baik mencuba pendekatan yang berbeza dari menumpukan pada satu idea.Idea adalah seperti batu loncatan yang berkembang dari satu idea ke idea yang lain dan idea baru sering kali adalah gabungan berbagai idea yang ada.
v  PENAPISAN
Idea-idea perlu ditapis untuk mendapatkan cara penyelesaian yang terbaik.Idea yang baik akan digabungkan untuk mengahasilkan satu penyelesaian yang kreatif.
v  MENYATAKAN DENGAN JELAS
Mencari jalan menyampaikan idea dengan pihak lain dan menggalakkan mereka untuk memajukan idea tersebut.

 
 

Friday, November 25, 2011

LUKISAN.....

Lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan memulakan berbagai warna, dengan kedalaman warna "pigmen" dalam pelarut (atau medium) dan gen pengikat (lem) untuk pengencer air, gen pegikat berupa minyak linen untuk cat minyak dengan pengencer terpenthin, pada permukaan (penyangga) seperti kertas, kanvas, atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang pelukis; dengan kedalaman warna dan cita rasa pelukis, definisi ini digunakan terutama jika ia merupakan pencipta suatu karya lukisan.Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Sebagai contoh lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia pra sejarah.


*hasil lukisan....figura...
SEJARAH LUKISAN
  • Lukisan awal telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba.
  • kebanyakkan lukisan yang dijumpai adalah berkisarkan tentang kehidupan seharian seperti aktiviti perburuan,pengembaraan dan peperangan.
  • Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah,Sarawak dan juga dijumpai di Gua Tambun,Perak.
  • Kebanyakkan karya lukisan di dinding gua manggunakan gaya yang sama iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas membentuk binatang perburuan,komposisi yang digunakan hampir sama iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang berkemungkinan adalah hasil perburuan mereka pada zaman itu.
MEDIA
  • Media dominan ialah media kering seperti pensel,arang dan pastel untuk mendapatkan kesan rupa dan membentuk ilusi pada sesuatu permukaan.
  • Penghasilannya mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda.Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan juga campuran media basah seperti warna pensel dan warna air.
  • Penggunaan media basah seperti warna air ini juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.
  • Lukisan sebenarnya amat menitik beratkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
TUJUAN PENGHASILAN
  1. Mengkaji struktur sesuaut benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka contohnya memasukkan jalinan dengan imbangan pada bentuk yang dilukis.
2.Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej terakhir.Contohnya lukisan sesuatu imej yang dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan. 
3.Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia.Contohnya,lukisan kartun yang menyindir sisrem sosial dalam sesebuah masyarakat.
4.Lukisan juga boleh memberikan makna yang tertentu kepada audien menerusi imej yang dilukis.
5.Lukisan dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-imej tertentu.

JENIS LUKISAN
  • figuratif
  • fantasi
  • ilustrasi
  • kajian
  • kontur
  • gesture/linear
  • teknikal
  • kartun
TEKNIK PENGHASILAN LUKISAN
  • Lukisan garisan
  • gosokan
  • teknik burnishing
  • lukisan titik
  • teknik campuran
  • teknik fottage
  • teknik gurisan
  • teknik scumbling



       Still Life is an art term, that refers to a special kind of picture. It represents an arrange of inanimate objects (hence the name) such as a bowl, a cup or fruits. Usually the arrangement is made according to the artist's purpose. A Still life pencil drawing can be symbolic, with an underlying meaning, or aesthetic, in which case the purpose is to communicate beauty.
Still life drawing activity......in drawing class with Dr.Roskang Jailani:-)


Saturday, October 29, 2011

teknik-teknik dalam catan...

CAT AIR




Cat air atau aquarel adalah medium lukisan yang menggunakan pigmen dengan pelarut air dengan sifat transparan atau tidak legap. Meskipun medium permukaannya mempunyai variasi dan kepelbagaian ia selalunya akan digunakan dengan mewarna di atas kertas. Selain itu,warna air ini boleh juga diaplkasikan di atas papyrus, plastik, kulit, kain, kayu, atau kanvas.Secara umum, cat air digunakan kerana sifat tidak legapnya. Contonnya,Gouache adalah medium sejenis yang tidak transparan.Hasil karya lukisan cat air biasanya bersifat sangat ekspresif atau sebaliknya menjadi sangat impresif dan ia tergantung kepada teknik yang digunakan.

BAHAN UTAMA
Cat air dibuat daripada pigmen atau bahan yang halus atau serbuk warna(dye) yang dicampurkan dengan gam arab sebagai bahan baku, serta gliserin atau madu untuk menambah kekentalan dan merekatkan warna ke permukaan.
TEKNIK PENGGUNAAN
Cat air digunakan dengan mencampurkan cat air bersama air untuk melarutkan warna agar tidak terlalu pekat tetapi cat air ini juga boleh juga dicampurkan dengan material atau bahan yang lain. Biasanya,cat air ini boleh dicampurkan dengan akrilik atau collage.Cat air dengan campuran air berlebih akan menghasilkan warna yang terang dan segar. Warna ini dihasilkan oleh cahaya yang mampu menembus lapisan cat yang bersifat tidak legap.Warna putih biasanya dihasilkan daripada bahagian-bahagian yang tidak diberi lapisan cat. Penggunaan cat air putih secara sengaja sangat jarang digunakan pada lukisan.
Cat warna air terkenal kerana sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Teknik yang umum digunakan biasanya dihasilkan daripada lapisan-lapisan yang saling ditimpakan setelah lapisan sebelumnya telah kering sehingga menghasilkan variasi warna. Namun teknik lain wet-on-wet yang menimpakan warna di atas lapisan yang masih basah juga membutuhkan ketelitian tinggi untuk mendapatkan hasil maksima.Risiko yang  lain adalah kertas menjadi melengkung atau robek jika terlalu banyak air digunakan semasa penghasilan karya dilakukan.
KELEBIHAN
Cat air memiliki kelebihan kerana tidak berbau, mudah dibersihkan dan cepat kering.

TEKNIK-TEKNIK CAT AIR
BASAH ATAS BASAH
                   Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah. Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan. Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda.
BASAH ATAS KERING
Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan. Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada
KERING ATAS KERING
 Warna yang melekat pada berus tidak banyak tetapi jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.

CAT AKRILIK




Cat akrilik ialah sejenis cat yang cepat mengering dan cat akrilik ini mengandungi pigmen pengantungan dalam polimer emulsi akrilik.Cat akrilik boleh dicairkan dengan air, tetapi menjadi kalis air apabila mengering.Bergantung kepada berapa banyak cat dicairkan (dengan air) atau diubah suai dengan gel media, akrilik, atau pes dan lukisan akrilik siap boleh menyerupai cat air atau lukisan minyak dan mempunyai ciri-ciri unik berbanding dengan media lain.

TEKNIK PENGGUNAAN
            Cat akrilik boleh dicampurkan dengan air tetapi pembersihan tidak-hydratable semula setelah sapuan cat akrilik ini kering.Media cat akrilik akan dicampur menggunakan topcoats atau varnis untuk mengilatkan bahagian sapuan warna supaya ia kelihatan hidup.Apabila mengering, cat akrilik tidak akan tertanggal daripada canvas walaupun pelarut media ini adalah air.Walau bagaimanapun,alkohol isopropyl boleh menanggalkan sapuan warna akrilik ini.
KELEBIHAN
Cat akrilik adalah cat yang cepat mengering ketika mencampur warna haruslah dilakukan dengan cepat. Kelebihan cat akrilik adalah dapat digunakan di pelbagai  media lukis, baik kertas dan kanvas.Cat akrilik juga sangat baik untuk memberi kesan  timbul atau relief pada lukisan, caranya adalah melukis lapisan dasar berulang kali. Setelah kering tambahkan lapisan berikutnya.Warna yang dihasilkan oleh cat akrilik cenderung memberikan ketajaman. Untuk membuat warna agar tampak lebih soft  atau lembut tambahkan air dan campurkan dengan cat warna putih.

CAT MINYAK




Cat minyak merupakan sejenis pewarna yang lambat kering yang mengandungi sejumlah kecil partikel pigment terapung dalam pelarut ringan selain daripada air. Cat minyak telah digunakan di England seawal abad ke 13 bagi hiasan mudah, tetapi tidak digunakan secara meluas bagi tujuan artistik sehingga abad ke 15. Kegunaan moden paling meluas bagi cat minyak di mana ciri-ciri tahan lasak dan warna terang menjadikannya digemari bagi kegunaan dalaman dan luaran.
Cat minyak ialah sejenis warna atau pigmen yang datang daripada bentuk tiub.Bahan pengilat untuk cat ini ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat dan bahantara yang digunakan ialah turpentine. Ciri-ciri bersifat legap, licin, dan berkilat, kasar berjalinan, terpulang kepada teknik mencatan.Dalam penggunaan cat minyak ia boleh dui buat pelbagai kesan dan juga teknik.
ALATAN MENGUNAKAN CAT MINYAK
BERUS
Berus cat minyak mempunyai pemegang yang tirus atau runcing yang panjang yang membolehkan para pelukis melukis secara adanya jarak daripada kanvas. Berus cat minyak biasanya menggunakan bahan fiber semulajadi yang lembut, seperti bajer dan sable dan sintetik fiber yang lembut. Pewarna berus yang sintetik, kerap kali terdiri daripada warna emas yang kemerah-merahan atau kesannya tersorok.
Terdapat beberapa jenis berus yang sesuai digunakan iaitu Georgian Oil Brushes Fan kerana mempunyai panca berjanggut, yang mana membolehkan pengawalan goresan yang lebih baik. Saduran – nikel yang panjang teratur menunjukkan bahawa keunikan pemegang pelbagai warnanya sesuai untuk kerja-kerja seni.Tiada dua pemegang sekaligus, tapi setiap berus mempunyai jaminan. Baik golongan professional, pelajar, dan juga golongan yang baru belajar, selesa menggunakan berus ‘Georgian’ ini yang sememangnya menawarkan kualiti yang baik dan nilai yang luar biasa.Lain-lain berus ialah fan.filbert,bright,flat dan round.
 LINSEED OILS
Terdapat pelbagai jenis minyak linsin ytang membantu mencairkan cat minyak iaitu Bleached Linseed Oil untuk meningkatkan pengaliran warna dan pengeringan yang lebih pantas berbanding ‘refined linseed oil’. Sebotol mengandungi 75ml dan lain-lainnya ialah Cold – Pressed Linseed Oil, Refined Linseed Oil,Stand linseed oil,thickened linseed oil.
TURPENTINE
‘Turpentine English’ yang bertapis merupakan pilihan tradisi bagi mencairkan warna dan membersihkan berus, dengan kandungan kelembapan yang baik berbanding bahan mineral. Turpentine yang tinggi golakannya dan mudah terbakar dan ia sepatutnya digunakan secara lebih berhati-hati.
STELL PAINTING KNIVES
Menyaksikan keunikan pisau lukis yang diperbuat daripada keluli yang tahan karat iaitu ‘stell knives’. Mata pisaunya adalah fleksibel, kilatannya tinggi dan cantik, dan ianya benar-benar tidak akan berkarat. Setiap mata yang pejal dalam satu kilatan yang mengakhiri pemegang kayu. Ia merupakan buatan Jepun.
PALETTE
‘Amaco Paragona Glass Artist Palette’ ini dikhaskan untuk diletakkan pada permukaan meja, bukannya menjadi sesuatu yang ketinggalan. Ianya sesuai bagi campuran warna yang memerlukan kawasan yang luas.‘Paragona Palette’ ini baik kilatannya, sesuai pada berus dan tidak poros. Ianya dibersihkan dengan usaha yang sangat kecil.Paragona yang dibuat adalah kuat, 100% bahan kacanya terkawal keseluruhannya dengan kilauan yang elok, kelebihan yang selesa. Ia mempunyai satu penyokong vinil yang berwarna putih.

KELEBIHAN

Campuran minyak membuat cat jenis ini memberi kesan kecerahan dan akan mendapat kesan warna yang amat cantik.Selain itu cat membentuk pasta liat sehingga memberikan kesan tekstur yang berkesan bila diolah dengan baik.
Cat minyak ini memerlukan waktu beberapa hari untuk mengeringkan cat ini kering dan untuk cat ini mengering dengan sempurna ialah apabila cat ini di cat nipis ia akan mengambil masa beberapa minggu dan jika keadaan cat yang di cat tebal ia akan mengambil masa beberapa bulan bahkan ada lukisan yang mengambil beberapa tahun kemudian.
Dalam masa beberapa tahun yang di ambil untuk mengeringkan cat minyak ini jika warna yang dihasilkan akan menjadi kekuningan jika terkena udara lembab pada lukisan warna putih. Untuk warna lain tidak mengalami perubahan warna kekuningan.Ia hanya akan berlaku pada warna putih sahaja.Kelebihan cat minyak ini ialah mempunyai daya tahan terhadap waktu paling awet.

TEKNIK-TEKNIK CAT MINYAK
TEKNIK IMPASTO

Impasto adalah teknik lukisan iaitu cat minyak tersebut akan dilapiskan dengan sangat tebal di atas kanvas sehingga arah sapuan cat minyak sangat mudah dilihat.Apabila kering, teknik impasto akan menghasilkan tekstur yang jelas sehingga kesan apabila disentuh dapat lukisan objek itu akan lebih terasa.
Impasto akan memberikan dua kesan iaitu yang pertama akan memberikan kesan pantulan cahaya yang berbeza berbanding dengan sapuan cat minyak yang biasa.Seterusnya yang kedua akan memberikan kesan ekspresi yang lebih kuat.Tujuan teknik impasto ini sering dipakai oleh pelukis klasik seperti Rembrandt, seperti untuk memperlihatkan lipatan kain atau pantulan cahaya dari perhiasan. Sementara tujuan kedua sering digunakan oleh pelukis pada era modern seperti Vincent van Gogh. Frank Auerbach menggunakan teknik impasto secara berlebihan untuk menampilkan kesan trimatra yang benar-benar kuat.

TEKNIK KILATAN(GLAZING)

Teknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan yang berkaca kerana lut sinar.Teknik ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih lapisan nipis warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah.

TEKNIK TITIK(POINTILISME)

Teknik ialah dengan cara menitikkan warna yang dikenakan pada permukaan untuk membentuk tindanan titik-titik warna.Jika dilihat dari jarak yang jauh,titik warna akan bergabung dan menghasilkan warna yang baru.Kesan ini terhasil daripada campuran warna secara optikal.

TEKNIK SAPUAN TEPAT(HARD EDGE)

Ia merupakan teknik yang menggunakan masking tape untuk memisahkan warna yang dimana hasilnya menampakkan catan seperti dipotong-potong.Ia mempunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat.

TEKNIK MELEMBUT(SCUMBLING)

Dalam teknik ini,warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang sebalumnya yang mana boleh disapu secara rata,lut sinar atau impasto.Ciri penting dalam teknik ini ialah bahagian yang tidak dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza.Teknik scrumbling ini boleh diperoleh dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas permukaan gelap.Ia boleh diaplikasikan dengan menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari.

TEKNIK ‘ALLA PRIMA

Teknik ini merujuk kepada cara dimana artis mewarna secara cepat dan spontan dengan sapuan warna terus dari tiub.Teknik ini sesuai untuk artis yang menghasilkan catan di luar bangunan kerana tekniknya yang terus dan spontan.Setiap palitan warna perlu tepat kerana dalam teknik ini tiada lapisan kedua.